hari ini hari yg sngt bhgia bg cik...
n hari ini hari yg sedih dan terharu kpd ku..
kerana membaca notes di fb kakak ku yg tersayang...
begitu syahdu karya tulisan nya,,,
sampai tertitik air mata ku yg jernih ini ke pipi..
dgn tu hari ni aq main copy n paste karya dia di blogku...
bg berkongsi cerita bersama kawan2 semua...
notakakiku : jangan baca kalau rasa jiwa rapuh.
Saya panggil dia cik.Cik jugak sama dengan ibu,mama,umie dll.Cik saya bernama Tuan Ramlah Tuan Mat.Saya selalu pelik kenapa bila dalam senarai nama guru-guru nama cik ditulis YM Tuan Ramlah Tuan Mat.Dalam IC tak ada pun.Kini saya dah tahu.
Cik bukan sekadar cik malah juga cikgu saya.Cikgu yang paling saya takut sebab paling bekeng = garang dan paling pemurah dengan cubitan.Setiap inci tubuh saya ini pernah mendapat kesan lebam biru.Cakap saja dimana kebanyakkannya telah dihinggapi tangan berbisanya T_T
Sekarang tak lagi tapi telinga yang menderita.Buat salah kena bebel kadang-kadang dia di dapur saya dalam bilik di atas pun boleh dengar.Rehda saja lah cik saya suara bernada speaker yang kadang-kadang mengalahkan speaker masjid.Ohh melampaunya analogi.
Sehingga satu saat,satu saat yang paling genting dalam keluarga saya.Cik disahkan mengidap barah payu dara peringakat kedua.Masa tu saya sedang belajar di IPG Kuala Lipis,baru saja mendaftar dua minggu.Saya tak tahu menahu ianya barah sehinggalah dua malam sebelumnya,itu pun kerana sepupu saya yang bagi tahu.Saya telah berusia 18 tahun dan kadang-kadang dinafikan hak sebegitu.Saya tak pulang sebab saya takut dan tak berani untuk berdepan dengan situasi itu.Biarlah saudara mara nak kata apa.
Sebulan kemudian baru saya pulang ke rumah.Cik tak jemput saya di stesen keretapi.Saya pulang ke rumah,sepi dan saya lihat cik di tepi dinding.Lemah sugul tak bermaya.Tiada lagi suara speaker dan dia juga tiada daya untuk mencubit saya seperti dulu.Guru yang garang juga tiada melainkan seorang wanita yang lemah berdepan penyakit pembunuh wanita nombor 1.
Hari demi hari saya melihat perubahan cik,dari sugul tak bermaya kemudiannya rambut gugur,gugur dan gugur dan kemudiannya tiada.Emosinya juga tidak stabil,lebih senang berada di dalam bilik,diam tidak berkongsi cerita menarik di TV sebelum ini,diam dan sangat diam.Adik lebih banyak mengambil alih tugas cik,memasak,membasuh,menjemur dan mencuci.Hampir dua tahun.
Hampir dua tahun saya menjamah air tangan adik saya ( abah tak selera makan masakan saya T_T ) dan air tangan abah.Dua tahun juga cik tak memasak,dua tahun juga cik tak mengosok pakaian dan dua tahun semuanya.Dua tahun juga cik tidak ke sekolah untuk mengajar dan dua tahun abah terpaksa berulang alik ke sekolah dan hospital untuk menghantar cik ke HUSM.Dua tahun juga saya berulang alik dari Kuala Lipis selang dua minggu.Tapi kawan-kawan tak paham,selalu perli kata selalu balik.Saya rehda.
Dua tahun kami sekeluarga berpantang makan tiada makanan bergoreng melainkan direbus dan dibakar dan dua tahun tanpa membeli daging melainkan di musim korban sahaja.Dua tahun kami mengurus diri tanpa bantuan cik.Dua tahun saya dan adik membeli barang dapur berdua dan abah menunggu di parking.Dua tahun.Dua tahun semua menjadi dewasa.
Dua tahun saya melihat cik saya masuk wad untuk kemoterapi dan radioterapi.Dua tahun juga saya mendengar orang berbicara tentang cik di belakang tentang cik menyembunyi diri dalam rumah seolah-olah mereka tidak memahami kondisi orang sakit.Dua tahun juga saya mendengar cik membuat latihan tangan dengan takal yang abah buat khas untuk cik di berand.Dua tahun juga bunga-bunga diluar layu sayu dan ada yang mati kerana tidak ada yang sudi menyiramnya.Dua tahun.
Biarlah dengan dua tahun itu,dua tahun yang penuh ketakutan bagi saya.Takut kerana risau kehilangan cik.Cukup.Saya tak akan mengeluh dengan apa yang kami hadapi dengan dua tahun itu sebab dua tahun itu membuatkan saya amat menyedari betapa pentingnya cik dalam kehidupan kami.Dua tahun sebelum ini lah saya baru reti untuk mengucapkan selamat hari jadi,dalam dua tahun ini,tak terdaya untuk meluahkan dengan kata-kata saya tunjukkan melalui perbuatan.Maafkan anakmu yang pemalu ini cik.
Kini saya cik sudah sihat.Sudah masuk dapur,masak masakan kegemaran kami.Biarlah yang lain kami urus sendiri.Yang kebiasaan kami selama dua tahun ini kami urus sendiri.Kami sudah biasa dan berdikari.Cik juga semakin sihat,mula aktif.Sudah mula memandu kereta sendiri,sudah aktif berjalan keliling kedai kain memilih kain.Semuanya kembali seperti biasa dengan masing-masing sudah dewasa dari usia masing-masing.
Dua tahun cik berjuang diri bukan untuk diri sendiri malah untuk kami.Terima kasih cik,sesungguhnya apa yang berlaku membawa hikmat tersendiri.Terima kasih kerana menjaga dan melahirkan kami.Menjaga makan minum kami sebelum ini,mendidik kami dan mencubit kami juga T_T.Terima kasih kerana terus berjuang untuk kami.
Sesungguhnya kau lah ratu hatiku.Aku sayang kamu.
Selamat Hari Ibu.cik.
~sayangilah ibu anda
(karya kakak ku yg sedih..aq suka baca karya nya... dan x lupa juga...
selamat hari ibu utuk cik...ja sayang cik buat selama2 nya... lurve u so much)
ibu...kaulah segala2nya bagiku...
Posted by Nur azzariah at Sunday, May 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ngepek:
Post a Comment