Assalamualaikum....
oke,nie cerita sebulan yang lepas..tapi tetap nak update supaya aku tak lupa apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan hidup aku ini....
cerita 2 tahun lepas..2011.yang kawan aku nina telah mengalami sakit yang berpanjangan dan berterusan.... aku ingt lagi.. masa f4, dia selalu jerrr dapat lebam2 dekat badan...terlanggar sikit lebam... kena cubit sikit pun lebam... jatuh tersungkur lagi laa lebam... benda nii berlaku sebelum peperiksaan bermula...
benda nii berlaku secara tiba2...kita orang kawan2 semua tak tahu..bila dia mengadu sakit sikit hny dsbbkan terlanggar pintu kelas terus kita orang gelak tanpa tiada apa2 rasa yang musykil... langgar pintu je kot... sakit kejap jerr... macam tuu laaa kita orang bila tiap kali dia mengadu...
selepas beberapa hari...dia xpergi sekolah...kita orang pun pelik...secara tiba2 kita orang dpt berita pasal dia dr abiey yang dia kena warded....aku terusss rasaa...dah kenapa kan? apa yang dah jadi sebenarnya dekat dia..walhal sblm ni dia ada tersepak batu jerr masa berjalan ke sekolah dengan aku..takkan sebab tuu jer kot...?
bila dia kena refer ke usm... doktor sahkan dia mempunyai ketumbuhan di saraf... ketumbuhan tuu betul2 berada d tengkuk belakang dia... masa tuu, kami kawan2 tak boleh nk berkata apa2 lagi... sedih yang teramat..sbb sebelum nie kita orang tak pernah buat benda nii serius...
kita orang ada pergi melawat dia... bila sampai depan katil diaaa... mata kami tak tahan..mulut tak terkata....dengan keadaan dia yang lemah makin buat kami kawan2 makin lemah.... badan dia tak boleh bergerak dengan sendiri... makin hari badan dia semakin kurus...
Alhamdulillah... dia telah menjalani pembedahan dan pembedahan tersebut telah berjalan dengan lancar...
dia kembali sihat dan ceria seperti biasa..dan sekarang sedang melanjutkan pelajarannya d unisza. Syukur tak terhingga....
Pada tahun ni... 2013... penyakit tersebut menyerangnya kembali... Allah menguji lagi dia dengan penyakit yang sama.. tetapi lebih teruk... doktor telah mengesahkan ketumbuhan dia kali ini betul2 tumbuh dia atas saraf.. dulu diatas tulang..jadi tulang tengkuk dia sedikit telah dibuang.... Ya Allah.. Kau uji lagi kawan aku dengan ujian yang berat ini..tapi Alhamdulillah.. aku tahu kawan aku kuat untuk menghadapi ujian ini....
semasa dia diuji aku turut diuji... betapa berat nya ujian yang diberikan..tapi berat lagi penderitaan yang dia tanggung...
sehari sebelum pembedahan dilakukan,aku sempat melawatnya walaupun pada mulanya ditegah datang... sungguhh.. aku sebenarnya tak kuat untuk lihat kawan aku terbaring kaku lagi.... derita dia...derita aku juga.
Wahai kawan-kawan ku... kau lah anugerah yang terindah yang telah Allah berikan kepada aku... sungguh aku takkan kuat untuk menjalani hidup aku tanpa kamu semua... Syukur pada Allah...
Semoga persahabatan kita yang telah terjalin bertahun-tahun lamanya ini akan sentiasa erat..
Seberat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita... InsyaAllah kita mampu mengatasi nya....
0 ngepek:
Post a Comment