Wordless Friday 2 : PERIHAL WANITA.

assalamualaikum....

perihal wanita sngt penting untuk kita sebagai seorang wanita....
mari bersama2 kita menghayati apa yg ada dan apa yang berkaitan dengan perihal seorang wanita.

semoga apa yg tersenarai d amalkan oleh kita...
ini sekadar renungan untuk anda semua serta buat saya sendiri.



1.  Wanita muslim itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehinggaterbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah

pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Waniat muslim memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkanpada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetapbergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.


3. Wanita muslim memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangiansebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadarkemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadarkekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu.Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian,adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Wanita muslim memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapasahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelakiatau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalahseperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim 


.5. Wanita muslim tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakandaging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.


6. Wanita muslim memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnyaia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahuapabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutupalur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul sepertiyang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yangbergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.




7. Wanita muslim memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seoranglelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplahdengantegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yangsakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allahtidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadifitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yangboleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlmberbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya danucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgnsikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya




.8. Wanita muslim memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannyamelainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hakekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?  




9. Wanita muslim tidak guna kain tudungyang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini,akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.







Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Di sudut agama pun gaya tak berkat.
... Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
Mata orang terbeliak, kita membengis,
Bila kena kutuk, kenapa menangis?.

Lengan pendek blaus gantung,
Jeans ketat melekat di punggung,
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
Agama tak suruh berbungkus macam pocong.




notakakiku : tepuk dada tanya selera....





0 ngepek: