assalamualaikum....
sukacita dimaklumkan bahawa Zulfadli Md Nor telah kembali ke rahmatullah pada 24/8/2011.
Ya Allah...pada petang kelmarin..kawan2 rapat saya telah menggempar gempurkan tentang kematian dia...ramai yg buat status mengenai kematian nya...
saya bertanya,siapakah Zulfadli Md Nor sebenarnya?? kenapa ramai kawan2 saya yg berlainan sekolah mengenalinya sedangkan saya tidak??saya bertanya kawan2 yg lain,tapi tiada respon..jadi,saya biarkan nya...pagi tadi,ilhami telah panggil aku dengan tiba2 nya d beranda sekolah...dan bertanya tentang nya kenapa..ilhami tny,, "ja,ingt lagi tak nama org yg pegi umh ja dengan kawan ja ae tu..saem oe kt mpi ae tuh"... aku pom jawab laaa " yea,,yg dtg ngn amirul kt umh oe ae tuu"
ilhami cakap..."haa dia laa,ja tahu dah ko dia meninggal?? "
aku dengan perasaan yg tak tentu arah terus tanya,esshhh!! yg semalam budak2 nie dok gempur gemparkan pasal budak ahmad maher meninggal tuu dia kerr?? ehhh btol kerr ni??
Ya Allah,aku tak tahu nk cakap apa tah...tak sangka dia sudah meninggalkan kami semua d dunia ini...
petikan sinar harian
KOTA BHARU- Seorang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Amat Maher, di sini, maut apabila motosikal yang ditunggangnya dari arah Kota Bharu ke Cherang hilang kawalan dan digilis oleh kereta, petang semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, motosikal mangsa Zulfadli Md Nor, 16, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan lain sebelum mangsa terjatuh dan digilis oleh sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.
Saksi kejadian, Zainol Aman Mohamad, 34, berkata ketika kejadian dia sedang melayan pelanggan di kedai tayar yang hanya terletak 50 meter dari kawasan kejadian.
“Saya melihat sebuah kereta Proton Waja melanggar mangsa yang kemudiannya menyebabkan dia hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.
“Lebih menyayat hati apabila pelajar terbabit dilanggar oleh sebuah lagi kenderaan setelah kenderaan terbabit gagal mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, Md Nor Suradi, 49, dia hanya menerima panggilan mengatakan anak sulung dari tiga beradik itu, terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.45 petang.
“Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja di Telipot dan setelah menerima panggilan dari isteri saya, Fazillah Md Nor, 48, saya terus bergegas ke tempat kejadian.
“Saya amat terkejut melihat mayat anak saya berlumuran darah di atas jalan raya, namun saya kuatkan semangat demi isteri dan anak-anak saya yang lain,” katanya.
Katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang perangai pelik dan sempat bersalam dengannya sebelum ke sekolah.
“Pagi tadi dia sempat bersahur tetapi tidak menjamah makanan hanya minum air sahaja.
“Jarak dari tempat kejadian ke rumah hanya kira-kira 500 meter, namun dia tidak sempat pulang dan dia telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga,” katanya sebak.
Sementara Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh dari motosikal dan masuk ke laluan bertentangan.
“Sebuah kenderaan jenis Honda CRV dikatakan gagal mengelak apabila pelajar terbabit jatuh ke laluan terbabit.
“Kenderaan itu melanggar mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

__________________________________________________________
nabila huda othman...saya sedih baca entry awak psl fadli...
___________________________________________________________
oke,di imbas kembali pasal perkenalan aku dengan zulfadli nim...mula2 nyer perkenalan aku bermula apabila kawan aku,amirul dtg kerumah aku sbb saje2 nk dtg jalan2 selepas berpindah ke sekolah baru..kebetulan zulfadli yg dr mpi turut ke sekolah tuu....
pada satu petang.zulfadli nie ada ikut amirul ke umh aku sekadar nk berbual kosong sbb dh lama tak jumpa kang....so,aku kesian tgk dia dr jauh...aku pom pegi laa buat air utk dorang...ye laaa,bawak moto jauh2 mesti haus kang...makan angin kt tepi jalan...mula2 dia malu nk minum...tp aku paksa jugak dia minum..aku mcm biasa laaa,nk bercakap tuu malu laa jugak,tp tetamu kena layan jugakkk...
sblm dia minum air yg aku buat tuu...mereka berdua * amirul dan dia * ada cakap....kalau manis,dok senyap2 dh laaa....kalau tawar,kita komen deh...hahahahah
aku gelak jerr dgn dia org...sbb aku pom gelabah jugak tgk dia org minum air aku buat...takut dia kata xsodappp!!! dan akhirnya,dia cakap air aku buat sedap!!
lepas tuu aku ada jugak tny dia yg dia kenal tak ilhami...diaa budak mpi jugak,tapi dh pindah skolah aku...so,dia kata kenal jerr laaa...tapi yg sebenarnya ada lagi cerita d sebalik mereka ituu....tpi xpe laaa...saya suka awak,..awk bgus,xbercerita kt saya pasal tuuuuu.....tapi saya dh tahu....
banyak jugakk laaa aku sempat berbual ngn dia...tp masa agak mencemburui kita org yg syok berbual...rumah dia kang jauh,so terpaksa laa dia balik awal sbb takut smpai rumah lewat...
ya allah ya tuhan ku..tempatkan laa rakanku itu d tempat yang terbaik dan golongkan lah rakanku itu d antara golongan yang terpuji....bersama2 samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk nya..semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmah...
notakakiku : zulfadli.tu pujian pertama dan terakhir awak untuk saya..tu jugak perkenalan dan perjumpaan kita yg pertama dan terakhir untuk saya.
sekian =(
0 ngepek:
Post a Comment