Resepi Puding Triffle


Assalamualaikum...


hurmmm, disebabkan esok adalah Hari Raya Aidiladha...malam ni aku nak kongsi satu resepi yang amat mudah dan sangat ringkas iaitu puding triffle....

aku dan sekeluarga suka sangat makan puding trifle ni...lagi2 kalau ada yang mintak doh tolong buatkan...lagi laa best dapat makan ramai2....

blog aku ni tak pernah2 pom jadi blog masakan..tapi tak pe..malam ni aku ubah sedikit...mood nak update melambak malam ni..so,aku gunakan peluang yang ada ini untuk share dgn korang semua resepi puding yang sedap ini....





Bahan-bahan ( 10 org )

  • - Swiss roll
  • - 1 tin fruit cocktail
  • - 1 kotak Kristal Jelly - saya guna cap NONA
  • - 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
  • - 4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
  • - Yogurt atau whipping cream (KITA TAK GUNA)

Cara-cara

  1. Lapisan 1 = Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex) baru nampak lapisan nanti). 
  2. Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu. (KITA TAK BUAT)
  3. Lapisan 2 = 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sesambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air - tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
  4. Lapisan 3 = Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
  5. Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly), hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
  6. Lapisan 5 = Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream (dipukul dulu hingga gebu) keatasnya... taburkan dengan buah strawberry (atau buah2 lain ikut suka) keatasnya......
  7. Nota: = -Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10". -whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu saya masukkan whipping cream dlm "pipping bag" dan pipe keatas lapisan jelly tadi... kalau takda "pipping bag" gunalah plastik, lubangkan sikit depannya jadilah... hehehe pipe guna nozzle star pun cantik juga.... selamat mencuba :)






ni punya gambar masa hari raya yang lepas.... betapa busynya aku hari tuu..sampai kan keluar masuk dapur pegi ambik puding ni...kawan2 aku suka makan puding ni..tiap kali ada event,dorang akan mintak aku buat puding ni...












rasanya tidak terlewat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA QURBAN untuk semua umat islam d mana jua anda berada.... selamat mencuba resepi yang aku kasi ni...dan sekiranya ada sudah mencuba,boleh laa hint balik aku atau tinggal jer link blog korang d fb aku...


notakakiku : terima kasih dan selamat malam.. :)

2 ngepek:

✿Lady Ainaa✿ said...

ena selalu buat.. senangkan buat bende ni.. hehehe.. tapi kene rajin gaul la supaya tak berketul

nurazzariah said...

terima kasih sbb sudi baca blog kita...

kita kalau buat puding ni,kita x suka letap wipping cream tuu..xbest..